Carnauba Perluas Khidmat Spa Kereta - Berita Harian 18.07.2005
Carnauba Autospa Sdn Bhd (Carnauba), pemilik spa kecantikan kereta dan pengedar tunggal produk Zymol sedang berunding dengan pemegang francais kenderaan bermotor untuk menggunakan perkhidmatannya.
Pengarah Urusan Carnauba Autospa, Kumar Prabakaran, berkata selain keahlian individu yang disasarkan mencecah 600 menjelang akhir tahun ini, syarikat melebarkan asas pakej produk untuk turut meliputi pelanggan korporat.
“Kami sentiasa berusaha membentuk hubungan niaga degan lain-lain pemegang francais kereta dan sedang berunding dengan beberapa syarikat untuk menggunakan perkhidmatan kami, iaitu satu-satunya di Malaysia,” katanya dalam pertemuan dengan Berita Harian baru-baru ini.
Antara pelanggan korporat syarikat sekarang termasuk Auto Eurokar, pengedar kereta Porshe & SAAB, Competitive Supreme (Ssangyong dan MG Rover), DaimlerChrysler Malaysia (Mercedez Benz), Motorkar Company (Bufori) dan Cycle & Carraige Automobil Sdn Bhd (Peugeot Div)
Carnauba Autospa ialah syarikat pertama yang menyediakan kemudahan penjagaan kereta ala-spa. Ia mula beroperasi Mac 2004 membabitkan pelaburan awal RM1.5 juta. Syarikat itu kini mempunyai 400 ahli individu.
“Kami akan terus melaksanakan pelbagai program bagi menambah ahli. Antara program yang di rangka ialah promosi agresif termasuk tawaran pakej premium dan bajet bagi memenuhi kehendak semua lapisan pelangggan,” katanya.
|