Autospa Carnauba-Konsep Baru Penjagaan Kereta - Utusan Malaysia 08.10.2005
Sambutan menggalakan pemilik kenderaan tempatan kepada perkhidmatan mencuci dan penjagaan kenderaan menyaksikan industri itu berkembang dengan pelbagai pekej serta kemudahan ditawarkan kepada pengguna.
Jika sebelum ini perkhidmatan itu dijalankan secara kecil-kecilan ditepi jalan, ia kini beralih kepada bangunan yang menyediakan pelbagai kemudahan istimewa untuk pengguna ketika menanti kenderaan mereka siap. Pengalaman itu dapat dirasakan bila anda berkunjung ke Carnauba Autospa di 34, Jalan Pemberita U1/49, Seksyen U1, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam yang menawarkan perkhidmatan terbaik dalam penjagaan kereta.
Pengarah Urusannya, Kumar Prabakaran berkata, konsep penjagaan kenderaan di Carnauba Autospa tidak menggunakan sebarang bahan kimia untuk mencuci dan mengilat kereta.
“Kami memastikan hanya produk penjagaan kereta semula jadi yang digunakan.
“Produk semulajadi ini tidak merosakkan cat kereta ataupun bahagian dalaman kereta’” katanya.
Carnauba Autospa juga pengedar produk penjagaan kereta terkenal Zymol. Produk Zymol mengandungi carnauba yang diekstrak daripada daun pokok yang menyerupai pokok palma yang hanya terdapat di Brazil. Kandungan Carnauba kuning dan putih yang bergred tinggi antara 37 peratus ke 61 peratus dalam pengilat mampu memberi perlindungan kepada cat dan bahagian dalam kenderaan melalui sapuan sempurna.
Selain perkhidmatan terbaik untuk pengguna kenderaan, Carnauba Autospa dikenali sebagai pusat kemudahan dalam penelitiian dan penampilan cat automotif paling moden dan maju di Negara ini.
Syarikat ini menggunaka kaedah teliti untuk mendapatkan kesempurnaan dalam proses mencuci kenderaan menggunakana teknik yang betul sebelum melalui proses mengilat dengan tidak menggunakan pemancut air bertekanan tinggi sebaliknya kereta disiram secara perlahan-lahan dari atas kebawah.
Perkhidmatan spa diperkenalkan kepada pelanggan yang melanggan pelan penjagaan kereta yang boleh dinikmati percuma sewaktu pelanggan menunggu kereta mereka diberi cucian rapi.
Setiap kereta juga mengambil masa antara tiga hingga empat jam melalui proses berkenaan dan sambil menunggu pemilik kereta boleh menikmati kemudahan disediakan seperti melayari internet dibilik menunggu serta perkhidmatan mengurut aromaterapi atau urut Thai.
Maklumat lanjut mengenai Carnauba Autospa boleh diperolehi dengan menghubungi 03-5569 9888 atau e-mel: info@autospa.com.my atau layari www.autospa.com.my.
|