Carnauba Autospa tawar pakej istimewa - Harian Metro 02.12.2005

CARNAUBA Autospa Sdn. Bhd. (Carnauba Autospa) syarikat pertama yang menyediakan kemudahan penjagaan kereta ala spa, menawarkan pakej istimewa bermula serendah RM250 kepada pemilik kereta sempena sambutan perayaan Krismas.

Pengarah Urusannya Kumar Prabakaran berkata, pelanggan juga boleh memilih mana-mana pakej servis penjagaan kereta dan tetap menikmati servis berkualiti untuk kereta bermula 7 hingga 24 Disember ini.

Beliau berkata, seramai 13 kakitangan mahir akan memberikan perkhidmatan dan penjagaan kereta menggunakan teknik aplikasi manual serta produk premium Carnauba Autospa yang memastikan badan kereta sentiasa berkilat.

Katanya, bagi tujuan keselesaan pelanggan, mereka perlu membuat temu-janji selain boleh melayari laman web www.autospa.com.my untuk mengetahui lokasi cawangan.

“Setiap titik air yang meliputi badan kereta adalah melalui proses ‘ion’ dengan system penulenan air berkualiti tinggi yang turut menghapuskan semua ion atau mineral yang wujud dalam kandungan air dan pada masa sama ia tidak akan merosakkan kereta ketika proses penggilapan dilakukan.

“Dengan perhatian tinggi diberikan kepada kenderaan pelanggan, mereka pasti ceria pulang bercuti dengan kenderaan seakan-akan baru selepas dirawat di Carnauba Autospa, “ katanya.

Carnauba Autospa terletak di 34, Jalan Pemberita U1/49, Seksyen U1, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam dan cawangan barunya di 53, Jalan Tun Razak (bertentangan dengan Megan Avenue) di Kuala Lumpur.

 



MERDEKA & HARI RAYA PROMOTION
Don't miss out our promotion from 16th August to 8th September 2010
read more...

Looking for a Customer Service Assistant
Customer Service Assistant post to be filled immediately (Female Only).
read more...

Annual Dinner 2009
Annual Dinner 2009
read more...

Celebs raise funds to help heart patients 11th Aug 2008
Celebrity Car Wash on the 9th & 10th at Carnauba Autospa Jalan Tun Razak to raise funds for the under privileged heart patients
read more...

Pamper your body & your car - NST
Urbanites have never had it so good: spas are springing up all over the Klang Valley. Now car owners can get some of the action, too, as NAVEEN MATHEW MENON finds out.
read more...

View All News