Promosi Krismas Carnauba Autospa - Utusan Malaysia 03.12.2005
Carnauba Autospa Sdn. Bhd. syarikat pertama menyediakan kemudahan penjagaan kereta ala-spa menawarkan pakej istimewa bermula serendah RM250 kepada pemilik kereta sempena sambutan perayaan Krismas.
Pengarah Urusannya, Kumar Prabakaran berkata, pelanggan kereta yang disukai dan tetap menikmati servis berkualiti untuk kereta mereka bermula 7 Disember hingga 24 Disember.
Dengan 13 tenaga mahir dalam jawatan dan penjagaan kereta menggunakan teknik aplikasi manual dan produk penjagaan kereta premium, Carnauba Autospa memastikan badan kereta mencapai kilauan yang pasti menimbulkan kekaguman.
Selain itu, setiap titik air yang meliputi badan kereta melalui proses “ion” dengan system penulenan air berkualiti tinggi.
“Sistem ini menghapuskan semua ion atau mineral yang wujud dalam kandungan air dan ia tidak akan merosakkan kereta semasa proses wax.
“Dengan perhatian tinggi diberikan kepada kenderaan pelanggan, mereka pasti ceria pulang bercuti dengan kenderaan seakan-akan baru selepas dirawat di Carnauba Autospa, “katanya.
Carnauba Autospa terletak di 34, Jalan Pemberita U1/49, Seksyen Uq, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam dan cawangan barunya di 53, JalanTun Razak (bertentangan dengan Megan Avenue) di Kuala Lumpur.
Pelanggan juga boleh melawat www.autospa.com.my bagi kemudahan peta. Pelanggan boleh membuat temu-janji dengan menelefon 03-55699888 / 03-21645099.
|