Spa kereta terbaik untuk anda - Berita Harian 04.11.2006
Pemahaman tentang penjagaan kereta sebetulnya agak kompleks. Maka, di atas faktor inilah Carnauba Autospa menawarkan khidmat terbaik kepada pelanggannya.
Kelebihan Carnauba antara lain tertumpu kepada kelengkapan domestiknya. Pelanggan disediakan dengan lounge sementara menunggu kereta mereka siap. Terdapat tv plasma, minuman layan diri dan juga persekitaran yang nyaman untuk kegunaan pelanggan...semuanya secara percuma.
Banyak kelebihan lain yang menjadi taruhan Carnauba Autospa. Layanan mesra beserta kemudahan profesional yang mampu menarik minat anda. Terutama sekali pastinya dengan hasil akhir pada kenderaan anda yang bakal membuatkan pelanggan tersenyum. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Davan di talian 03-21645099 (cawangan Jalan Tun Razak) atau 03-55699888, talian ibu pejabat Carnauba di Glenmarie, Shah Alam.
|