Pengilatan Kereta Berkesan - Berita Harian 02.12.2006
Langkah kedua yang lazim diambil selepas mencuci kenderaan ialah untuk mengilatkannya pula. Pertama sekali, sebelum memulakan pengilatan, sejenis perkakas yang dikenali sebagai bar tanah liat digunakan untuk mengeluarkan kotoran tar pada bahagian bawah ruang tayar. Ini bagi mengelakkan kesan calar pada badan kereta ketika mengilatnya.
Tiga langkah pengilatan harus diambil. Pertama untuk mengeluarkan kesan pengoksidaan. Kemudian, langkah pengilatan dwi-aksi akan membantu menghilangkan kesan pusaran dan meningkatkan kilauan. Terakhir barulah penambah seri kilatan diaplikasikan. Satu lagi cara, sebelum terus ke proses waxing, kereta boleh dibasuh sekali lagi. Ini bagi memastikan habuk halus dibersihkan terlebih dulu sebelum lapisan wax diaplikasikan.
|