Hujan asid berbahaya - Berita Harian 16.12.2006
Hujan asid terhasil daripada keadaan udara yang tercemar. Asap kenderaan, sisa buangan kilang dan habuk-habuk tapak pembinaan adalah contoh agen yang menyumbang kepada pencemaran. Kandungan asid dan toksik dalam hujan ini mempunyai sifat menghakis. Jika ia dibiarkan pada cat kenderaan, pertama sekali ia akan menghakis lapisan jernih cat. Pada peringkat ini, keadaan cat masih boleh diselamatkan lagi dengan basuhan dan melindungi cat dengan lapisan lilin (wax).
Namun, sekiranya kesan dan proses ini dibiar dalam tempoh yang lama, ia akan meresap dan menghakis lapisan warna dasar pada cat berkenaan. Penyelesaian seterusnya adalah dengan proses 'sandown' yang diikuti dengan 3 langkah pengilatan dan wax. Jika langkah ini juga diabaikan, penyelesaian terakhir yang ada hanyalah dengan menyemburkan cat baru pada kenderaan.
|