Jangan lupa yang dalam - Berita Harian 13.01.2007

Bahagian dalaman kenderaan juga memerlukan perhatian daripada pemilik. Bukan luaran saja yang patut dicuci dan dijaga. Cuaca panas dan lembap akan menyebabkan bahagian-bahagian seperti papan pemuka, tempat duduk kulit, panel pintu dan sebagainya kering. Lama-kelamaan keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika tidak diambil kisah. Semua material dalaman kenderaan pada asasnya akan berada di dalam keadaan lembap. Jika ia kering dan dibiarkan, maka jadilah rekahan yang langsung mencacatkan bahagian berkenaan.

Untuk mengelakkan keadaan ini, anda boleh menggunakan bahan pelembab yang mengandungi bahan Lanolin. Namun tahap Lanolin ini perlu diberi perhatian agar tidak menggunakannya secara berlebihan. Selain itu, penggunaan pewangi dalam bentuk cecair juga boleh memudaratkan material dalaman. Pewangi pada kebiasaannya akan bersifat asid yang menghakis. Awas bila ia tertumpah, jangan dibiarkan saja. Bilas atau lapkan tempat tumpahan berkenaan dengan air suam. Jalan terbaik adalah dengan menggunakan pewangi dalam bentuk gel.

 

 



MERDEKA & HARI RAYA PROMOTION
Don't miss out our promotion from 16th August to 8th September 2010
read more...

Looking for a Customer Service Assistant
Customer Service Assistant post to be filled immediately (Female Only).
read more...

Annual Dinner 2009
Annual Dinner 2009
read more...

Celebs raise funds to help heart patients 11th Aug 2008
Celebrity Car Wash on the 9th & 10th at Carnauba Autospa Jalan Tun Razak to raise funds for the under privileged heart patients
read more...

Pamper your body & your car - NST
Urbanites have never had it so good: spas are springing up all over the Klang Valley. Now car owners can get some of the action, too, as NAVEEN MATHEW MENON finds out.
read more...

View All News