Kesan pusar di bawah cahaya lampu putih - Berita Harian 10.02.2007
Elemen cahaya pada sesetengah orang tidak ada sangkut paut langsung jika berbincang tentang cucian kereta. Kenyataan ini mungkin ada kebenarannya jika anda hanya mencuci kenderaan sendiri. Lampu putih atau pencahayaan terang banyak memainkan peranan dalam proses mencuci dan penjagaan kenderaan.
Jika hanya bergantung kepada cahaya biasa waktu siang, mata kasar kita akan melihat tanpa cacat cela. Ia memang akan kelihatan bersih dan juga boleh jadi juga bersinar gemerlapan. Namun, jika ia diletakkan di bawah cahaya lampu putih, pasti akan terserlah kecacatannya. Kesan cacat yang dimaksudkan adalah kesan calar dan pusaran dan ada juga kebarangkalian kesan air tersejat yang sudah lama terbentuk. Ini hanya akan terlihat di bawahan sistem pencahayaan yang betul.
Premis cucian professional biasanya akan dipasangkan dengan lampu sebegini, ada yang mencecah sehingga 400 watt kuasa! Ini bukan untuk mencantikkan premis tetapi memainkan peranan yang sangat penting.
Kesan pusar yang dikenal pasti, sekiranya masih di peringkat awal masih mampu di selamatkan. Teruskan dengan proses pengilatan dengan cara yang teliti dan betul dan akhiri dengan wax. Maka kereta anda akan berseri dari dalam dan seterusnya terpacul kelihatan pada mata kasar.
|